Disaat-saat akhir, pihak DafiFC dimaklumkan mengenai rancangan Santai @ RTM - Menara KL. Kami dimaklumkan hanya sehari sebelum program tersebut.
Oleh kerana ia adalah satu jemputan saat-saat akhir, Dafi faham sekiranya peminatnya [Dafinites] tidak dapat hadir memberi sokongan. Lebih-lebih lagi, program tersebut bermula pada jam 11 malam.
Beberapa jam sebelum program, Dafi bertanya...berapakah Dafinites yang dapat dikumpulkan. Kami memberitahu hanya 3 yang akan datang. Sengaja tidak memberitahu jumlah sebenar dengan niat untuk memberi kejutan pada Dafi.
Sekitar jam 10.50 malam Dafi keluar ke hadapan dan memberikan reaksi "terperanjat" kerana barisan depan pentas dipenuhi Dafinites yang berbaju hijau muda dan maroon. Sorry la Dafi ...bohong sunat...ya la kan asyik dafi je nak buat kejutan...sekali sekali dafinites nak jugak buat kejutan kat Dafi...hahahaha. Majoriti mereka adalah Dafinites yang menyertai Program Survivor DFC 2009 [ berbaju hijau muda] dan DFC Pangkor 2008 [berbaju maroon]. Bila ditanya, mengapa mereka hadir...ini antara jawapan yang diberikan..."Mestilah sokong dafi all the way kerana layanan baik Dafi semasa kedua-dua buah program tersebut dijalankan" "Kami sangat-sangat menyayangi Dafi ". Ternyata aktiviti dan program DFC berjaya menguatkan ikatan sepertimana yg diharapkan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada bakal VID, Aid Kak Nani & Rajan kerana berusaha keras mengumpulkan semua Dafinites yang hadir. Vid yang hadir ialah VIDAmy, VID Lilo, VID Adam dan AID Syukri bergetah & Capeq.
Dafi memberitahu DFC rasa teharunya kerana kehadiran Dafinites yang tidak disangkanya begitu ramai sekali. "Rasa berdebar-debar pulak terus!" kata Dafi dengan senyuman. Kita sudah sedia maklum yang Dafi akan lebih nervous bila peminatnya hadir kerana inginkan yang terbaik untuk peminatnya. Ternyata, persembahan Dafi tidak menghampakan diikuti dengan sorakan kuat Dafinites yang hadir memberikan sokongan. Dafi juga turut menyedari Dafinites yang tidak dapat hadir turut menontonnya di kaca tv kerana program tersebut turut berlangsung secara 'live". Dafi diiringi oleh band dari Menara KL. "Bukan selalu dapat peluang nyanyi bersama live band" tambah Dafi. Semasa Dafi membuat persembahan, banyak juga sms yang ray terima...menyampaikan salam kepada Dafi. Ada juga yang membuat lawak...."Wahhhh!! banyaknya shot rajan interframe!!!" . Kepada yg sms tu.....salam anda telah disampaikan!!
Dafi menyanyikan lagu "Seumur Hidup" iaitu lagu Soundtrack filem "Jin Notti" yang bakal ditayangkan semasa musim perayaan nanti. Di akhir rancangan, Dafi berduet menyanyikan lagu "Dua Hati menjadi SATU" bersama Juara Bintang RTM yang hanya berusia 17 tahun. So sweettttt !!! LOL
Yang menariknya, program tersebut turut mengundang Aliff Aziz. Walaupun gandingan kedua-dua artis [ DafiFC & Aliff FC] ini untuk sebuah majlis berbuka puasa dibatalkan [sepatutnya malam yg sama]...terubat juga rindu Dafinites apabila dapat bergambar bersama mereka berdua. Sebaik sahaja selepas rakaman, Dafi dan Aliff diburu lensa kamera Dafinites. Program Santai @RTM dihoskan oleh pelakun Jehan Miskin. Antara artis lain yg turut diundang ialah Nuraniza Idris, Aliff Satar, Mawi, Ifa Raziah dan Rajan [ pelakun tambahan filem Jin Notti - babak mahkamah]. LOL
PS: Bila melihat sokongan luar dugaan ini, dapat dirasakan program jalan2raya dafi yang bakal diadakan pada 17 Oktober akan mendapat sokongan dan lebih meriah. InsyaAllah.
Ermmm..terlupa nak tanya Dafi.... puasa penuh ke tak setakat ni..hahaha.
Gambar exclusive akan diupload apabila ianya ready kelak.






