Pengumuman

Utusan dari Puan President (:

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

 

Apa khabar anak2 bonda semua hari ini? bagaimana puasa masing2? harap belum ada yang puasa 'yang2 yok' lagi .. hehehe.. (bg yg wajib dimaafkan ) ..

Alhamdullilah dh 12 hri kite berpuasa & alhamdullilah juga dpt ank2 bonda mengumpul sebanyak mungkin pahala yang dipruntukkan olehNYA. tapi bonda pasti ank2 ingin menambah sebyk mungkin lagi pahala di bulan yg mulia ini kan ??

Igt lagi tak program 'Lebaran Desa bersama Dafi' yg diwar2kan bbrapa mnggu yg lalu ? tentu semua masih igt kan .. sekarang bonda ingin beri sedikit update ttg program ni..

Program 'Lebaran Desa bersama Dafi' adalah program DFC dgn syarikat Dafi sendiri, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd (LOL) yang dibahagikan kepada 2 segmen , iaitu :

 

Segmen 1 : Projek Amal Ramadhan ( sepanjang bulan ramadhan )
Segmen 2 : * Hari Raya - Akan Datang :P ( 2 Oktober 2010 - Sabtu)

* Event terhad kepada 30 orang Dafinites sahaja (Pengangkutan disediakan) Maklumat lanjut akan diberikan kemudian.

 

Bagi projek amal ramadhan, DFC & LOL Entertainment berhasrat utk membantu sekurang kurangnya 5 buah keluarga miskin dr Kg Bukit Kucing, Kuala Selangor utk menyambut Ramadhan & Syawal. VID DFC sedang berusaha bersungguh2 bg mengumpul dana utk diberikan pada mereka. Sumbangan ikhlas dr ank2 bonda dafinites semua amatlah dialu2kan, tak kira sumbangan dari segi apa yang penting , yang penting kita dapat beramal sambil menderma ..

Sumbangan ank2 boleh dihantar selewat2nya pada 1 september 2010 sebab Dafi akan menyampaikan sumbangan ini pada keluarga pada 4 september 2010. telefon/sms ke :

MRBY_CMOD's picture

Salam Ramadhan Dan Selamat Berpuasa Dari DFC [ Malaysia ] & Sertai Pertandingan Untuk Menang CD !!

 
 
 
 
Photobucket
 
 


Dafinites yang beragama islam sekelian...

Selamat berpuasa ya..
sambil2 wish each other...apa kata korang kongsi pengalaman korang 'ponteng puasa' semasa kecik? (berdasarkan poster diatas)

Cerita yang best akan dapat hadiah istimewa dari Dafi iaitu CD single exclusive "Sebelum Kita Berpisah" (tidak dijual dipasaran) yang ditandatangan oleh Dafi !

Sertakan sekali email anda utk dihubungi sekiranya cerita anda terpilih. 

 

* Terbuka kepada semua ahli yang berdaftar dilaman web ini  kecuali VID2 DFC. 

 


Apa lagi...ceritakan pengalaman korang sekarang!!! 
 
raydrev's picture

Sebelum Kita Berpisah - Dafi

 Secara eksklusifnya, lagu single terbaru Dafi "Sebelum Kita Berpisah" sedang diperdengarkan khas utk Dafinites semua di laman web facebook The Official Dafi Fan Club 
 
 
 
 
 
Klik pautan dibawah utk mendengar lagu tersebut @ FB DAFIFC
 
 
 
 
 
VID_faradiba's picture

Dafi @ selayang mall

 Helo dafinites !!

Just to inform you guys that tmorrow dafi akan ada di :

Tempat : Selayang Mall

Tarikh : 23th May 2010

Masa : 3pm

untuk mempromosikan lagu baru beliau , sebelum kita berpisah! So dafinites yang belum dgr lagi lagu ni dan kepada yg free,  datang la ramai2 to support dafi ! 

 

See you there!

3rd Anniversari & Perlantikan VID DafiFC Sesi 2010/2011

 
 
Dafi secara rasminya  telah melantik AJK Kelab peminat barunya dalam satu majlis serba ringkas yang diadakan di Port Dickson pada 2 May 2010. 
 
 Laporan : OVID Nad
Gambar : Megat 
Yang dinanti-nantikan telah tiba ! Gambar telah dihupload sedikit demi sedikit. Sila bawa-bawa bersabar ya untuk lebih gambar-gambar yang meletup tak hengat u olss. :p
 
DFC sempat melakukan short AGM sebelum event dimulakan dan dafi telah pun melantik barisan AJK yang terbaru. Gambar-gambar dibawah ini pula adalah ketika majlis pelantikan AJK bg sesi 2010 dan seterusnya.  
 
 
" Ini dia, mantan presiden kita....dah boleh panggill TUN dah ! Tun Ray dh ada kawan" - kata dafi dengan excitednya!

syamelia's picture

Dafi @ Karnival Basmi Cetak Rompak

Heyyyy Dafinitessss.....

Just to inform that Dafi akan berada di majlis perasmian Karnival Basmi Cetak Rompak...

Tarikh : 10 Mei 2010 (Isnin)

Waktu : 2.00 pm

Lokasi : KL Sentral

 

Akan ada performance oleh artis-artis seperti Dafi, Mila, Hafiz dan lain-lain...

So, sapa2 yg free, lets check it out...

Kita kasi 'serbu' KL Sentral.... C u there :)

raydrev's picture

Kenyataan Rasmi DafiFC

 

Dafi FC memandang serius tentang beberapa perkara yg berlaku kebelakangan ini.

 

1- Pihak KRU melaporkan berberapa salah laku seperti tindakan peminat mendownload bahan-bahan tertentu. Seperti semua sedia maklum, setiap material terbitan KRU adalah hakcipta terpelihara yg tidak boleh diterbitkan semula. Sebagai contoh, mendownload drama Hotel Mania di web tv3 dan menguploadnya semula di Youtube. Ianya dipandang serius kerana ianya melibatkan hakcipta dan hak pihak penaja yang telah berbelanja besar menaja. 

 

2- Memberikan maklumat yang kurang tepat berkaitan aktiviti Dafi & DafiFC.  DafiFC tidak menghalang peminat utk menyebarkan maklumat tetapi maklumat yang kurang tepat akan mengelirukan peminat lain. Sebaiknya, setiap maklumat perlu dirujuk semula kepada website rasmi www.dafi-fc.com untuk pengesahan. Info (jadual Dafi) yg diperolehi dari sumber lain atau penganjur kadang kala masih"to be confirmed" dan tertakluk kpd perubahan oleh pihak pengurusan Dafi (KRU). 

Gathering DafiFC pada 2 Mei terbuka kepada semua dan bukannya tertutup seperti yang disebarkan.

 

3-  Gambar-gambar rasmi DafiFC yg disiarkan di laman web ini adalah hakmilik DafiFC. Anda dibenarkan menggunakan gambar tersebut tanpa mengedit gambar tersebut. Sebagai contoh, anda dilarang membuang watermark www.dafi-fc.com yg terdapat pada gambar2 rasmi tersebut.

Gambar2 rasmi yang diletakkan "watermark" ialah  bahan promosi bagi memperkenalkan website rasmi ini kepada peminat dan bukannya bahan utk diubai suai utk kegunaan lain.