Artikel

VID_CapeQ's picture

Lebaran Desa - Beramal Sambil Menderma

Gambar :  VID Megat
Laporan : VID Waty & VID Capeq
 
Hey dafinites!!....entry kali ini will be regarding program beramal yang berlangsung pada 4 September 2010 yang lepas di Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor…..Jom kami bawakan kalian dari awal perancangan program ini dilakukan sehinggalah segala sumbangan yang dihulurkan tersebut dibawa kepada keluarga-keluarga yang dipilih.
 
“Dare To Be Different” is not just a word….untuk memastikan setiap program yang dipilih dapat membawa kepelbagaian dan pembaharuan supaya tidak dikatakan stereotype…atau ‘alah benda biasa jerk ni!!’….maka bersempena Ramadhan dan Syawal ini tercetus satu fenomena dimana Dafi dan VIDs mengenengahkan konsep dwi program bertemakan ‘Lebaran Desa’ berhibur sambil beramal.
 
Hasil kerjasama dari Lembaga Zakat Selangor, Kelab telah menerima beberapa senarai keluarga yang dikategorikan fakir dan miskin khususnya dikawasan Kuala Selangor. Tinjauan dibuat oleh VID yang bertugas bersama-sama Tuan Haji Mohd Azali bin Kayat, Imam Masjid Darussalam, Encik Azmi bin Yunus, dan JKKP - Tuan Haji Md Noh. Next step….semua VID ditugaskan dengan pelbagai tanggungjawab….dari pencarian penyumbang, sesi pengagihan dibuat di rumah Presiden dan akhirnya sebanyak 5 buah kereta membawa hala tuju ke destinasi yang dirancangkan yakni Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor dengan saratan barang-barang yang bakal diserahkan kepada 5 buah keluarga fakir/miskin.
 
 
Photobucket
 

Lokasi berkumpul dibuat di rumah Pak Imam sambil perbincangan kali terakhir dijalankan bagi memberi penjelasan aturcara pada hari tersebut. Ternyata kerjasama dari Pak Imam, Encik Azmi dan JKKP Kampung Bukit Kuching amat baik seolah-olah kedatangan kami amat dialu-alukan. Sungguhpun buat pertama kalinya program ini dijalankan di kampong tersebut yang melibatkan kelab peminat. Maka lebih kurang jam 3 petang…lokasi pertama penyerahan sumbangan di buat di rumah Puan Satinah Binti Hanif.

MRBY_CMOD's picture

Dafi @Selayang Mall [ Ahad, 23 Mei 2010 ]

Laporan : Rosnani & Rajan

Foto : Leonard

 

Photobucket

 

  Hye Dafinites Semua…. Di bawah ini diberikan sedikit update tentang Majlis yang berlangsung pada hari Ahad, 23.05.2010 yang lalu…. Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, Majlis mempromosikan single terbaru Dafi yang bertajuk Sebelum kita Berpisah(SKB) telah diadakan dengan meriahnya di Pusat Membeli Belah Selayang Mall, Selayang. Encik Pooh (tlg betulkan ejaan nama), dari KRU Studios, selaku hos pada petang itu telah memulakan majlis dengan mengajukan beberapa soalan kuiz kepada penonton. Tepat jam 3.15 petang, Dafi muncul dengan lagu pertama Laskar Pelangi dari kumpulan Nidji (hilang keresahan penonton). Majlis petang itu telah diselang-selikan dengan nyanyian Dafi & aktiviti permainan/kuiz bersama penonton.

Photobucket

 Selain lagu Laskar Pelangi, Dafi telah mendendangkan 2 buah lagu lagi, iaitu Sebelum kita Berpisah(SKB) (of cos le kn!!) dan Bila Terasa Rindu(BTR). Paling istimewa lagu ini disampaikan oleh Dafi bersama seorang peminat. Selain mempromosikan single terbaru Dafi, pihak KRU Studios juga turut mempromosikan filem -filem baru terbitan Kru yang bakal ditayangkan di pawagam, antaranya filem Magika (Sep 2010), Hikayat Merong Mahawangsa (awal 2011) dan filem animasi yang dialih suara ke Bahasa Malaysia, iaitu Disco Worms. (Untuk Disco Worms Dafi telah meminjamkan suaranya untuk salah satu watak dalam filem tersebut).

MRBY_CMOD's picture

DFC Malaysia Mengucapkan - Selamat Tahun Baru 2010 !!!

 
 
 
 
Photobucket
Adinda Oren's picture

Pakaian Dafi Dapat Pujian

Pada hari Sabtu yang lepas, Dafi tampil di blue carpet Anugerah Industri Muzik dengan gaya yang penuh kelainan. Pakaian rekaan Jovian Mandagie menjadi pilihan Dafi dengan tema rock.

Laporan akhbar tempatan Kosmo hari ini menyatakan pakaian Dafi ....

"Dafi muncul penuh kelainan dan nampak sedikit langsing berbanding kebiasaan dengan kostum yang direka khas buatnya hasil kreativiti Jovian Mandagie" - Kosmo

Itu kata wartawan. VID yang berkumpul melepak semalam juga bersetuju dan agak terkejut dengan kelainan tersebut. Kebiasaannya Dafi akan memakai kostum berwarna putih. Rekaan Jovian jelas mengubah ketrampilan Dafi menjadi lebih menarik dan bergaya. VID Azim dan VID Fendy tak putus-putus memuji pakaian Dafi yang dianggap mereka sebagai "paling cool". Mereka sebenarnya teringin nak pakai tapi atas sebab-sebab tertentu, mereka hanya mampu menyimpan angan-angan sahaja.

Ini adalah rekaan Jovian yang pertama untuk Dafi. Sebelum ini di Anugerah Bintang popular Berita Harian, Dafi ingin mendapat khidmat pereka ini tetapi oleh kerana Dafi terlalu sibuk dengan pengambaran filem "Sayang You Can Dance" dan Jovian pula terikat dengan tugasnya di Dubai, hasratnya terpaksa dilupakan.

Dafi juga agak cerewet tentang pemakaiannya ternyata amat berpuas hati dengan hasil rekaan Jovian Mandagie.


Berita Harian - 22nd February 2008 (HIP section)

Tak anggap diri popular
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

Dafi semakin sibuk bina nama di persada seni kembali ke kolej sambung pelajaran

DIA bukanlah juara Akademi Fantasia musim kelima, apabila gelaran itu akhirnya menjadi milik mutlak Mila. Namun dilihat dari segi populariti, anak muda berusia 19 tahun ini bagaikan mengatasi populariti kesemua bekas pelajar lain. Wajah dan cerita mengenai diri serta kerjaya remaja ini boleh dilihat dan dibaca di mana-mana media.

Bintang AF yang semakin popular menerusi lagu Bila Terasa Rindu ini turut dilihat menghadiri pelbagai acara. Apabila sudah masyhur, tentu saja si jejaka berkulit cerah ini dengan sendirinya menjadi perhatian penganjur. Majlis itu pula, sama ada berkaitan dengan dunia hiburan atau tidak, ia bukan lagi perkara utama.

Lalu, apa pula pandangan Dafi sendiri, setelah peminat kini boleh melihat kelibatnya di mana saja. Tidakkah dia berasakan dirinya diperguna, berada di tempat yang tidak sepatutnya atau semua itu membantu dia mendekati lebih ramai khalayak?

"Sebenarnya, kemunculan sebegini memberikan kebaikan kepada saya. Ia menjadi platform terbaik untuk saya sebagai artis yang masih baru dalam dunia seni. Tidak salah rasanya untuk muncul di banyak acara, selagi fokus saya masih lagi pada muzik. Saya sendiri tidak mengehadkan pembabitan saya hanya kepada nyanyian. Menceburi bidang lain, pada masa yang sama, memberikan saya lebih banyak pengalaman.

"Kemunculan di beberapa acara yang tidak berkaitan dengan dunia muzik umpama tapak untuk saya melebarkan sayap. Saya pula tidak pernah berasakan diri saya popular. Pada masa yang sama, saya amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan kepada saya hari ini.

VID_Lilo's picture

DAFI @ MAJALAH MEDIA 28 Dis 07 – 4 Jan 08

thank greeAdy for this article

MAJALAH MEDIA 28 Dis 07 – 4 Jan 08

KENAPA DAFI (AF5) KENA GELAK?

Hai Dafi! Susahnya nak hubungi Dafi sekarang ye.
-Minta maaflah kak, saya sekarang sibuk sedikit.

Ok Dafi, saya nak Tanya sedikit komen Dafi mengenai aktiviti boling yang dianjurkan oleh MH. Pada pendapat Dafi patutkah aktiviti seperti ini diadakan?
-Bagi saya, aktiviti seperti ini memang bagus dan kalau diadakan dengan lebih kerap pun tidak mengapa. Selain daripada merapatkan hubungan wartawan, pembaca dan artis, rakan artis juga boleh saling mengenali antara satu sama lain. Ianya juga boleh dijadikan aktiviti masa lapang dan menenangkan minda akibat daripada bebanan kerja.

Berapakah bola yang paling berat dan paling ringan pernah Dafi angkat?
-Hehehe… Yang paling ringan 6 kg dan yang paling berat 14 kg tapi angkat je lah tak baling pun. Dafi lebih selesa dengan bola seberat 11 kg sahaja.

Seingat Dafilah, berapa pungutan mata yang tertinggi dan terendah pernah Dafi perolehi?
-Biasanya Dafi dapat markah 100 lebihlah dan yang paling sikit pun dalam 20. Heheheh…

Apakah peristiwa yang Dafi tidak dapat lupakan sepanjang bermain boling?
-Pernah terjadi masa Dafi tengah main boling dengan kawan-kawan. Dafi puaslah ‘aim’ nak baling tapi entah apa yang terjadi bola Dafi bukan ke depan tetapi ke belakang pulak. Habis Dafi kena gelak dengan mereka semua.

Siapakah jurulatih Dafi selama ini?
-Dafi tiada jurulatih sendiri tetapi ayah dafi yang memperkenalkan Dafi denagn permainan boling. Dialah yang menjadi guru Dafi kalau ada masalah.

Betulkah kalau sudah bermain boling pasti akan berasa gian?
-Pada pendapat Dafi ianya terpulang pada individu itu sendiri kerana Dafi pun dah lama tak main boling. Masa jemputan daripada MH pun dah setahun Dafi tak main boling. Itu yang lain macam je main rasanya.

Adinda Oren's picture

Dafi & Acha Belajar Sama Kampus Tahun Depan ???